BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, November 17, 2009

Puteri Gunung Ledang

Entry kali ni aku wt setelah seharian 'keboringan' melanda,jadi aku belek2 website2 yg aku ade,emm sambil2 tu pikiran aku t`igt satu filem yg sgt2 aku gemari..tak leh lwn gn filem2 yg lain..aku sgt2 suke cete nih..hanya aku shj yg tahu knape aku suke yg tak leh diucapkan atau diluahkan kpd sesiapa..

Puteri Gunung Ledang - semua org tahu sedikit sebanyak pasal Puteri yg b`asal dr Majapahit ini..paling menarik aku pd Puteri ini ialah beliau m`punyai 2 figura yg b`beza..Satu -> Figura yg baik lg cantik..( Sang Puteri ) dan Dua -> Figura yg hodoh sifat yg b`tentangan dgn tuan puteri..Mari kite sama imbas sebahagian dr cete tu..


Empayar Majapahit dilanda gawat setelah diserang oleh Putera Demak dari Jawa. Mengelak dari kejadian menjadi bertambah buruk, raja Majapahit, Gusti Adipati Handaya Ningrat menawarkan Demak berkahwin dengan adiknya, Gusti Putri Retno Adjeng Dumilah. Tanpa pengetahuannya, Gusti Putri telah melarikan diri dengan berlayar ke Gunung Ledang untuk bersama cinta hatinya Hang Tuah.

Maka, versi filem memaparkan yang Puteri Gunung Ledang sebenarnya puteri Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumillah dari Majapahit di Pulau Jawa yang merajuk dan membawa diri ke Gunung Ledang. Beliau sebenarnya menunggu masa untuk bertemu dengan Hang Tuah yang pernah ke Majapahit.

Walau bagaimanapun, halangan berlaku di antara Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuah apabila abang Gusti Putri, Gusti Adipati terpaksa mengahwinkan Gusti Putri dengan Sultan Melaka, Sultan Mahmud pula. Utusan peminangan diutus dan diketuai oleh Hang Tuah sendiri. Akhirnya, setelah pelbagai cabaran, Gusti Putri terpaksa menurut permintaan Hang Tuah yang taat pada Sultan, tetapi dengan 7 syarat. Perutusan pulang ke istana Melaka tanpa Hang Tuah yang kecewa atas kegagalannya. Sultan Mahmud murka dengan kedegilan Gusti Putri dan sanggup menerima cabaran ketujuh-tujuh syarat walaupun bakal meragut nyawa anaknya sendiri.

Tersebut adalah petikan dari filem menyebut akan tujuh syarat peminangan Gusti Putri terhadap Sultan Mahmud yang diterjemahkan dari sanskrit Jawa:



* "Pertama, air mata dara yang tidak berdarah, tujuh tempayan banyaknya..."


* "Kedua, pinang, bukannya kahwin kerana tidak tua, merah darahnya,
tujuh tempayan banyaknya..."


* "Ketiga, merangkak bebas di daratan, darah juga kehendaknya, sifatnya,
tujuh dulang banyaknya..."


* "Keempat, terbang bebas di udara, darah juga kehendaknya, sifatnya,
tujuh dulang banyaknya..."


* "Kelima, darah putih rakyat untuk menambat darah kuning raja dari tapak ke takhta..."


* "Keenam, darah merah rakyat untuk menambat darah kuning raja dari tapak ke takhta..."


* "Ketujuh, darah seguntal tetap mengalir, badan bersilih menanti, sebatil..."


Melalui petikan tersebut, didapati permintaannya berunsurkan 'darah' yang menguatkan dan menegaskan lagi bahawa jawapan bagi peminangan itu adalah satu penolakan.

0 comments: